Saturday 12 May 2012

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT, akhirnya kami dapat membuka blog AmieZila Collections khas untuk tontonan peminat-peminat koleksi busana muslimah.

Tujuan kami di tubuhkan supaya dapat memenuhi kehendak pasaran masa kini terhadap pemakaian tudung labuh dan Jubah/Abaya yang elegan dengan mengikut syariat Islam.

Walaupun baru di dalam industri ini, kini AMIEZILA COLLECTIONS telah melebarkan sayapnya ke Institusi pengajian tinggi seperti kolej-kolej swasta, Universiti Islamic bagi menggalakkan para pelajarnya memakai tudung labuh yang mengikut syariat Islam.

Dalam masa terdekat, AMIEZILA COLLECTIONS merancang untuk memperhebatkan jualan tudung labuh mengikut syariat Islam ini ke serata negeri-negeri semenanjung Malaysia, di ikuti ke Sabah dan Sarawak, Insya’allah.